Anak mati didera kekasih ibu
Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI
![]() |
| SYAFIA |
KUALA KUBU BARU - Polis menahan seorang pemandu teksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dipercayai menjadi mangsa dera di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama dekat Batang Kali semalam.
Kejadian pukul 8.30 malam itu terbongkar selepas lelaki berusia 28 tahun terbabit membawa mayat kanak-kanak itu, Syafia Humairah Sahari ke Hospital Kuala Kubu Baru dengan mendakwa mangsa terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Bagaimanapun, selepas diteliti, pihak hospital mendapati terdapat kesan lebam di seluruh badan kanak-kanak tersebut termasuk di perut dan bawah telinga selain luka di dagu yang tidak selari dengan cerita kemalangan.
itu lah berita menyayat hati...berita panas buat masa sekarang..sudah hilangkah rasa kasih syg antara sesama manusia... atauuuu kasih syg terlarang sudah menenggelamkan kasih syg ibu terhadap anak sendiri?? atau anak kecik itu hanya menjadi tempat lepaskan amarah?? apakah dengan cinta segalanya diharungi bersama hingga lupa batas pergaulan sebagai seorang umat Islam?? adakah tanggungjawab ayah selesai setelah anak perempuan dikahwinkan?? sehinggakan membiarkan anak bergelumang dosa?? adakah datuk n nenek tak terfikir yang cucu didera selepas melihat kesan2 luka?? adakah jiran tak pelu jaga tepi kain org sehingga anak sekecik ini diperlakukan begini?? adakah penderaan sebegini biasa pada masyarakat setempat?? budak sekecil ini di pijak..di tendang di padang bola..tp tak de sapa nakk tlg..hingga lembik..dh suku nyawa baru nak tolong?? bayangkan lah..ni tgh2 padang bola..tempat awam..boleh diperlakukan sebegitu..apatah di rumah?? huhuhu..sedihnyaaaaa
wah..ayat atas tu...cam reporter plak..kekekke..sebagai manusia biasa , ai hanya tau dr segi luaran apa yg terjadi. apalah salah budak kecik ni .Patutkah dia menjd mangsa tekanan org lain?? Polis berkata budak ni selalu didera akibat kesan2 pada badannya..ada kesan lama dan baru..siap ada kesan cucuh potong rokok...Ya Allah..sakitnya la..kita usahkan kena api..kena pisau sket pun sakit..
budak ini mmg tabah..kuat semangat..hasil post moterm, didapati buah pinggang rosak akibat di sepak , kulit kepala dengan kepala pecah dan rosak akibat hentakan. Ya Allah..betapa deritanya Syafiah. Dan ini ai rasa kesudahan yang terbaik untuk adik kecik nie..dari dia hidup dlm derita...trauma..nnt cane la kehidupan di masa depan..
Sebagai manusia..kita tak terlepas melakukan kesilapan. Semoga dengan kejadian nie, menyedarkan semua pihak termasuk diri ai sendiri. Apapun pada c pelaku..insaf la..bertaubat la...Buat adik syafiah...tempat indah, tenang dan kekal bakal menanti mu.....Semoga tenang di sana..Aminnnnnn
